Diruangan yang terhad ini, Tok Puteh ingin berkongsi dengan anda serba sedikit berkaitan dengan permata yang menjadi kegemaran ramai ini. Ikuti penerangan Tok Puteh ini, insyaAllah anda bakal mendapat gambaran yang jelas berkaitan dengan keaslian permata secara umumnya terutama permata Zamrud dan Delima.
Soalan ; Bagaimanakah tok kita nak bezakan antara batu permata asli dengan batu permata tiruan?
Tok Puteh ; Cara paling mudah untuk kita mengenali dan membezakan antara batu asli dengan batu tiruan atau batu masak yang juga dikenali dengan batu sintetik ialah dari segi ketumpatan / berat batu permata tersebut. Ini kerana batu tiruan kebiasaannya lebih berat timbangannya dari batu asli.
Soalan : Bagaimanakah ciri-ciri lain yang membolehkan kita untuk membezakan antara batu permata asli dengan batu permata tiruan?
![]() |
Contoh inclusion atau serat zamrud asli |
Soalan : Boleh tok terangkan ciri-ciri utama batu zamrud?
Tok Puteh : Batu Zamrud sendiri merupakan salah satu jenis batu permata yang masuk dalam kategori berryl. Batu Zamrud atau dikenali juga dengan sebutan emerald ini mempunyai ciri-ciri khas. Batu Zamrud kebiasaannya berwarna hijau pekat yang transparent. Maka semakin pekat warna hijau dan semakin transparent batu zamrud tersebut menyebabkan nilainya semakin tinggi dan mahal. Kerana itu, tidak hairanlah ramai pihak yang tidak bertanggungjawab memalsukan batu permata zamrud demi mencari keuntungan.
Soalan : Bagaimanakah cara untuk membezakan batu zamrud asli atau tiruan?
Tok Puteh : Banyak cara untuk kita memastikan antara batu zamrud asli atau tiruan. Disini tok ingin kongsikan beberapa cara yang mudah untuk anda kenalinya ;
Pertama : Sebagaimana jawapan tok pada soalan di atas iaitu dengan melihat alur / jalur
![]() |
Contoh Inclusion atau serat zamrud tiruan |
![]() |
Inclusion atau serat zamrud tiruan |
Ini adalah serba sedikit perkongsian Tok Puteh berkaitan permata dengan anda. Sekiranya anda ada persoalan atau sebarang pertanyaan berkaitan dengan batu permata; bolehlah anda hubungi sendiri Tok Puteh melalui whatsapp / sms ke talian hotline beliau : 012 368 5066 atau untuk informasi terkini sila klik DISINI!
Soalan Tambahan
Soalan 01 : Adakah benar bahawa Zamrud yang terbaik adalah Zamrud Colombia berbanding dengan zamrud-zamrud dari tempat lain?
Tok Puteh : Sebenarnya dari segi populariti memang zamrud yang terbaik biasanya dikenali datang dari Colombia. Akan tetapi kita perlu tahu bahawa nilai sesuatu batu permata itu bukan kerana dari mana ia datang. Bagi batu yang telah dicanai, kita dapat menilai kualitinya melalui 4 faktor utama yang dikenali dengan 4C iaitu Colour, Clarity, Cut and Carat yang sering disebut dengan istilah 'air'. 2C yang paling utama dilihat ialah Colour & Clarity. Kemudian barulah dilihat kepada 2C yang seterusnya iaitu Cut & Carat. Dalam penilaian Zamrud, penilaian Colour & Clarity adalah yang peling mustahak. Namun, pada penilaian tahap akhir... Colour adalah lebih mustahak berbanding Clarity.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan